Selasa, 9 Februari 2016

Tutor 2 : Update Profile (Tanpa SSM)



Salam Sehati Sejiwa

Untuk Tutor Ke 2 ini, saya akan menunjukkan cara untuk mengemaskinikan profail anda di dalam BLESS. Di bahagian ini juga, saya akan mengajar bagaimana untuk memasukkan profail syarikat anda yang hanya mempunyai lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan Sahaja (Majlis Daerah). Apa yang anda perlukan adalah Lesen Perniagaan dari PBT sahaja.



Langkah Pertama :

Setelah anda berada di dalam Laman Utama BLESS, anda boleh lihat beberapa menu di sebelah atas skrin.


Anda hanya perlu klik pada menu Update Profile. Setelah itu, anda akan dapat melihat beberapa menu lain di bawah Update Profile.



Individual Profile : Anda hanya perlu mengemaskini profail anda seperti nombor telefon dan sebagainya. Tanda * adalah mandatori dan ianya wajib diisi.

Organisation Profile : Disini adalah tempat untuk mengemaskinikan mengenai profail premis perniagaan anda.

Consultant Profile : Sekiranya anda bukan pemilik premis perniagaan, anda diwajibkan mengisi ruangan ini. Ianya khusus untuk Syarikat Sendirian Berhad.

Change Password : Tukar kata laluan anda. Saya syorkan agar ID dan Kata Laluan anda adalah sama supaya tidak terlupa.  



Langkah Kedua :
 
Klik pada Update Profile > Organisation Profile. Anda akan dibawa ke skrin Organisation Profile dan selepas itu tekan Add New


 Tidak perlu isi ruangan Organisation Name. Hanya klik pada butang Add New. Setelah itu, anda akan dibawa ke paparan berikut :

Ruangan bertanda * adalah wajib diisi oleh pemohon.

Organisation No (*) : Sila isikan nombor pendaftaran lesen anda.

Branch : Biarkan ianya kosong

Designation : Isikan apakah nama posisi anda di dalam perniagaan tersebut. Kebiasaannya, Pemilik.

Organisation Type : Sila pilih Business

Place Of Registration : Tempat di mana anda mendaftarkan perniagaan anda. Jika di Sabah, sila pilih Sabah.

Setelah habis anda mengisikan butiran di atas, sila klik Create New.   


Langkah Ketiga :

Sila isi semua butiran yang bertanda *  seperti gambar di bawah dan selepas itu tekan Save




Sekiranya perniagaan anda mempunyai cawangan, anda boleh menambahkan cawangan premis anda dengan menekan Branch Details pada Menu sebelah kiri skrin.

Anda akan dibawa ke skrin berikutnya ;


 Sila isikan semua butiran berkaitan dan setelah itu, tekan Save



Langkah Keempat :

Sila kembali ke menu Organisation Profile, sekiranya anda dapat melihat paparan nama syarikat anda, bermakna pengemaskinian premis perniagaan telah berjaya. 
  



Kita akan berjumpa lagi di dalam Tutor 3 untuk Kemaskini Profail (SSM).

Terima kasih.  

15 ulasan:

  1. I tried the steps shown but it still bring me to SSM e-info payment page. How?

    BalasPadam
    Balasan
    1. This step mostly for business in Sabah and Sarawak where they didnt use SSM (just have trading license). If your business in peninsular malaysia, you have to purchase the ssm information through bless system. Then, you can proceed with your application. ;)

      Padam
    2. Because u have entered the SSM registered number. this tutor is for licence under local authority only

      Padam
  2. selamat sejahtera,
    saya dari kota tinggi johor. saya dah cuba untuk update profile, tetapi tiada apa2 respond dari page.page tidak pergi ke next page, dan tidak juga tertera apa2 nota kepada saya. mohon bantuan. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksud nak update profile tu cmne? ada buat perubahan maklumat dekat ssm then nak update dlm sistem bless? kalau ada buat perubahan dekat ssm, kena pastikan pihak ssm dah update dlm sistem dorg dlu bfore tekan butang update dalam bless.

      Padam
    2. Update Profile. Click Organisation Profile untuk menambah atau edit syarikat/premis tuan.

      Padam
  3. salam sejahtera,
    Memang saya kena pilih jenis bisnes ke sebab syarikat saya jenis perkongsian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Business : guna lesen Pihak Berkuasa Tempatan
      Company : Guna Lesen SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

      Padam
  4. SALAM SEJAHTERA,
    Boleh tunjukkan cara untuk daftar menggunakan consultant profile (sdn bhd)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah. buat masa ini saya belum lagi dapat mengemaskini blog ni sbb terlampau sibuk dengan kerja luar. Tuan boleh rujuk ke cawangan kami yang terdekat ya.

      Padam
  5. Hi, i am Richard from Sarawak, i would like to know whether do i need to re purchase RM15 for SSM for Bless application for Permit Kawalan Berjadual?

    My problem now here is i already paid for SSM since March 2016 but now once i make a new application and it generated wrong info at Bahagian a - Butir- Butir Pemohon/Syarikat. The company number generated using Director IC number. I checked the info in organization profile which is correct then after that i try to click update info and it direct me to SSM website and request me to purchase. So do i need to purchase again RM 15 for SSM or i just proceed with the wrong company number generated? Kindly please advise. Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I advise you continuing application uses the information has been updated. SSM will charge a fee of RM15.90 for profile updates

      Padam
    2. So that means we have to update our organization profile with SSM 1st then just proceed further?

      Padam
  6. Yesterday, i have fill in all the particulars for aplly new CSA, but not complete for upload the document. May i known how to continue procee my application, tq.

    BalasPadam
  7. Hai..saya nak tanya macam mana nak ubah nama pemohon sebab pemohon yang terdahulu telah pun berhenti.Harap dapat penjelasan detail,terima kasih.

    BalasPadam