Isnin, 22 Februari 2016

Tutor 3 : Permohonan Lesen



Salam Sehati Sejiwa

Bagi tutor ke 3, kita akan belajar bagaimana untuk membuat permohonan lesen / permit dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Langkah pertama, akses masuk ke dalam akaun BLESS anda.


Langkah Kedua :


Pergi ke bahagian Submission > Business Licence Selection
 

Di bahagian ini, anda perlu mengisikan beberapa butiran penting bagi mencari lesen / permit yang anda kehendaki.


Apply on behalf of : Sila pilih nama syarikat yang telah anda daftarkan. Sekiranya anda memilih Myself, hanya permit barang kawalan yang akan dipaparkan.

 Keyword : pastikan anda menaip MDTCC - LAHAD DATU. Kesalahan biasa yang dilakukan pemohon adalah tidak mengikut "space" atau jarak antara perkataan tersebut. Ianya akan menjadi ralat sekiranya ditaip MDTCC-LAHAD DATU. Jika anda hanya menaip MDTCC, ianya akan memaparkan keseluruhan cawangan yang ada di negeri tersebut. Sekiranya anda ingin membuat permohonan di cawangan Kota Kinabalu, sila taip MDTCC - KOTA KINABALU.

Search By : Agency Name

Please Select A State : Sabah.

Setelah anda mengisikan kesemua butiran, sila tekan Search. 

 Lesen / Permit barang kawalan akan terpapar di bahagian bawah skrin anda. Sila pastikan cawangan adalah betul. Sila pilih jenis lesen / permit barang kawalan yang anda inginkan. Sekiranya ingin membuat permohonan baru, sila pilih New di bahagian Application Type. Begitu juga sekiranya ingin membuat permohonan pembaharuan.

 Di bawah Application Type, ada 5 jenis pilihan seperti gambar di atas.

 Sila pilih lesen yang anda kehendaki dengan mengklik pada kotak di sebelah kanan skrin dan setelah itu, tekan Add To Tray


Pada tahap ini, sila klik OK

+
 
Setelah itu, anda akan dibawa ke skrin Submission > My Tray. Sekiranya anda boleh melihat lesen yang telah anda pilih di bahagian skrin ini, bermakna anda telah berjaya membuat pilihan lesen / permit barang kawalan.

 

100 ulasan:

  1. Selamat sejahtera Tuan,

    Saya sedang mengisi borang permohonan LESEN BORONG BARANG KAWALAN BERJADUAL (CSA)untuk pembelian dan penyimpanan diesel.

    Adakah no. PDA yang diminta adalah lesen PDA pembekal?

    Mohon bantuan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Selamat sejahtera Tuan,

    Saya tidak dapat upload surat sokongan JBPM dalam bentuk format PFD, 804kb sahaja.

    Apakah maksud "Please enter a document with a valid extension."?

    Mohon bantuan.

    Terima Kasih.







    BalasPadam
  3. salam sejahtera

    saya sudah memilih jenis lesen runcir barang kawalan. tapi kenapa status yang dipaparkan incomplete

    BalasPadam
  4. Mohon baca ulasan ini :

    http://daftarbless.blogspot.my/2016/07/masalah-4-kenapa-permohonan-masih.html#more

    BalasPadam
  5. hi saya sudah pun mendaftar syarikat saya didalam sistem bless,
    saya mengahdapi masalah ketika hendak mencari jenis lesen/agensi
    jabatan tenaga kerja selangor. apakah keyword yang saya perlukan untuk mencari lesen saya?
    JTK - Selangor?
    JTKS?
    JTK

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saudara, saya cuma boleh menjawab untuk lesen berkaitan KPDNKK Sahaja. TQ

      Padam
    2. kenapa saya tidak boleh klik button pensel tu. dan status nya incomplete

      Padam
    3. keyword : JTK
      Search by: Agency Name
      State : Ikut negeri

      Padam
  6. Salam sejahtera,
    untuk makluman, saya ingin memohon lesen borong bagi minyak masak.pihak KPDNKK batu Pahat, Johor meminta agar disertakan bersama surat sokongan dari MPOB. setelah diajukan permohonan surat sokongan kepada MPOB, mereka meminta senarai semak/surat yang mengatakan bahawa sokongan dari MPOB adalah diperlukan oleh KPDNKK dalam proses permohonan lesen tersebut. jadi, dimana saya boleh mendapatkan senarai semak/ surat oleh KPDNKK yang berkenaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senarai semak boleh ambik dekat laman web kpdnkk, side tepi ada untuk muat turun, then pilih borang permohonan csa...kat situ ada untuk syarat mohon lesen borong. ;)

      Padam
    2. apabila tuan mengisi borang secara online, lihat pada sebelah kiri "Document Checklist" di sana akan ada paparan dokumen2 yang diperlukan

      Padam
  7. Salam sejahtera,

    Adakah no. telefon KPDNKK Lahad Datu 886090/91?

    Saya telah membuat panggilan selama 2 hari tetapi tidak dijawab.

    0168261353 dan 0168639188 pun tidak dijawab...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Number tersebut betul iaitu 089-886090 dan 089-886091. Tetapi talian kami menghadapi masalah sejak bulan disember 2016. Tuan boleh call 089-887400
      Untuk kedua-dua number hp tu, saya tidak tahu kepunyaan siapa

      Padam
    2. Tuan,

      Number 0168261353 dan 0168639188 bukanlah kepunyaan Pegawai KPDNKK. itu adalah number telefon Fire Extinguisher / Safety Product
      SRI MARVUICO ENTERPRISE. Harap Maklum.

      Padam
  8. Maaf ye admin, saya kebetulan cari tentng bless ni, then jumpa blog admin, jadi saya bntu yang mana saya tahu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak apa. bantu membantu amalan mulia. terima kasih

      Padam
  9. maaf, admin, saya nak renew lesen PDA, tapi tiada dalam option. yg ada CSA je. mohon bantuan. TQ

    BalasPadam
  10. selamat sejahtera admin,kenapa saya tak dapat meng-edit borang ?

    BalasPadam
  11. saya ingin borong barang kawalan cthnya minyak masak,tepung gandum dan gula.ttp sya diarahkan utk mendaftarkan di sistem bless.masalahnya sa stuck bhagian pilih lesen mana yang sepatutnya.sila tjuk ajar.terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya tuan mengikuti langkah2 yg sy tunjukkan di atas, sudah pasti tuan akan dapat borang yang betul. Sila baca dengan teliti di bahagian "Licence Name". Nama borang tersebut CSA Borong.

      Padam
  12. salam , berapa lama agaknya proses renew business license di kota kinabalu

    BalasPadam
  13. Permohonan lesen pda bagi syarikat baru bagi ambil alih stesen minyak...apakan keyword bagi pemilihan borang submission?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila pilih "Lesen Menjalankan aktiviti di bawah Akta Kawalan Bekalan"

      Padam
  14. maaf mengganggu. .bagaimana hendak daftar lesen prruncitan untuk koperasi yea. .?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila baca tutorial ini

      http://daftarbless.blogspot.my/2016/02/tutor-2-update-profile-tanpa-ssm.html?m=1

      Padam
  15. Admin..kenapa sy takdpt dftarkan syarikat DLM organisation profile

    BalasPadam
  16. Untuk pembaharuan lisen, guna langkah yang sama?

    BalasPadam
  17. Berapa lama masa diperlukan untuk tukar nama pemilik syarikat dan pembaharuan lesen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar nama pemilik? Penbaharuan Lesen apa ya tuan?

      Padam
  18. helo.. nak tanya.. brapa lama tempoh permohonan tuk permit GMT

    BalasPadam
    Balasan
    1. 14 hari untuk pembaharuan.
      untuk lesen baru, terpulang pada Pegawai Penyiasat untuk menjalankan pemeriksaan di premis tuan

      Padam
  19. Kepada Bless, saya nak dapatkan surat kebenaran daripada pihak bomba, tetapi mereka perlukan surat dari kpdnkk dahulu sebelum keluarkan surat kebenaran. Apa saya perlu buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama sekali kena pergi ke Pejabat KPDNKK untuk dapat surat permohonan pemeriksaan Jabatan Bomba. then bawa surat tu ke JBPM

      Padam
  20. hi admin, saya memohon untuk csa, dia dikenakan upload lesen pihak berkuasa tempatan tetapi say tidak ada, apa yang perlu saya buat? Sekian terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lesen Pihak Berkuasa Tempatan adalah lesen perniagaan. jika tuan menggunapakai Sdn Bhd, dila upload form 49

      Padam
  21. Baru baru ni sy failkan permohonan lesen borong & permit CSA utk gula mnyak masak & tepung. Sy dapati dlm bless permohonan sy ditolak tanpa sebab. Manakala permohonan permit sy masih dlm proses. Sy dh call kpdnkk kajang tp mereka pun tdk tahu knp permohonan sy ditolak. Sy juga nk tahu berapa bayaran utk lesen borong & permit. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. melalui sistem Admin, sepatutnya boleh diperiksa mengapa permohonan ditolak melalui sistem Monitoring. Untuk bayaran Lesen borong adalah RM25 setahun kalau x silap manakala bagi Permit adalah percuma

      Padam
  22. salam admin

    mohon bantuan. saya baru saja mendaftar dengan system bless. masalah saya di sini ialah saya telah salah masukkan nama dan no ic dlm individual profile.

    mohon bantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika number IC salah, x akan boleh daftar di dalam sistem. jika nama yg salah, sila lihat tutor kemaskini profile

      Padam
  23. Salam admin

    Permit Barang Kawalan Berjadual saya sudah luput, dan saya tak dapat membaharui lesen saya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Apa yang perlu saya lakukan sekarang? Apply yang baru atau pergi ke office berkenaan untuk tanya? Adakah saya akan kena penalty?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak biasa dengan web dia, terlepas tempoh untuk pembaharuan. Masuk ke laman web dia nak renew, tapi sistem tunjuk sudah lepas tempoh masa yang ditetapkan.

      Padam
  24. salam sejahtera tuan .

    adakah tuan tahu bagaimana untuk membuat permohonan plan acetelyn utk oil&gas dlm kawasan selangor sahaja ? saya keliru . harap dapat membantu . terima kasih .

    BalasPadam
  25. Salam sejahtera

    Saya telah membuat pendaftaran bless atas nama saya sendiri dengan menggunakan no kad pengenalan saya untuk syarikat tempat saya bekerja, masalah saya disini sekarang saya telah pun bekerja di syarikat lain.

    Bolehkan nama saya diubah dan no IC saya diubah ke penama yang lain untuk syarikatsaya yang lama itu. atau adakah syarikat lama saya perlu mendaftar semula atas pendaftaran yang baru.

    BalasPadam
  26. saya mengalami masalah untuk upload document sokongan JBPM. utk makluman tuan, saya telah pun cuba upload dokumen dlm bentuk PDF mahupun JPEG tetapi kedua2 jenis dokumen itu error & keluar nota "The application encountered an unexpected error"

    BalasPadam
  27. Salam Tuan,

    KPDNKK memerlukan surat sokongan daripada pembekal untuk permohonan barang terkawal seperti diesel, apakah isi kandungan surat sokongan tersebut. telah berhubang dengan cawangan KPDNKK kawasan saya tetapi mereka beritahu bahawa pembekal tahu apa isi kandungan yang perlu ada. mohon bantuan.

    Terima Kasih

    BalasPadam
  28. MOHON BANTUAN UNTUK RENEW LESEN JTK. BAKAL TAMAT 15 FEB 2018. SANGAT KELIRU DENGAN SISTEM BARU NI. NAK MARAH PUN ADA. LANGSUNG TAK FAHAM.

    BalasPadam
  29. mohon bantuan bagaimana cara memohon lesen minyak makan untuk jualan bebas pasaran tempatan dalam jerry can..kali pertama tiada pengalaman ini untuk syarikat tempat kerja

    BalasPadam
  30. mohon bantuan bagaimana cara memohon lesen dari kpdnkk untuk minyak makan jualan bebas pasaran domestik...bungkusan dalam jerry can untuk syarikat tempat saya bekerja

    BalasPadam
  31. Saya ingin mohon lesen runcit untuk minyakm masak, tepung gandum dan gula. Agak2 berapa lama kena tunggu lesen tu untuk diluluskanun

    BalasPadam
  32. Saya buka kedai runcit di johor
    Macamana saya nkbdptkan lesen jual brg kawalan?
    0194451016
    Tq

    BalasPadam
  33. Tauke stesen minyak yg sedih27 April 2018 pada 10:49 PTG

    Bless patutnya memudahkan tapi menyusahkan. Submit manual lebih mudah sebenarnya. Saya sampai tutup stesen minyak sebulan pasal masalah bless ni..

    BalasPadam
  34. saya ingin renew permit barang kawalan berjadual (Diesel) tapi kenapa 'No licence is available' ? sebelum ni renew tak ada masalah pun ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah ada penyelesaian ka tuan ..sebab saya mengalami masalah yang sama .

      Padam
    2. Saya pun sama x berjaya nak renew permit kawalan barang berjadual sebab 'No license is available'. Dah habis semua pilihan dipilih tapi sama gak.
      Tolong tolong tolong

      Padam
    3. saya pun sama..tapi lepas call KPDNKK Shah Alam,pegawai tu kata kena guna bless2..
      open.bless.gov.my dah tak guna..

      Padam
  35. SALAM BOLEH SAYA TAHU APA JENIS JENTERA YANG PERLU DI DAFTARKAN KEPADA KPDNKK ?

    BalasPadam
  36. Ingin senarai harga lesen jualan gas masak

    BalasPadam
  37. Sy ad jual baranggan kawalan runcit.. Beras,gula,minyak masak,tepung,gas Nk mohon lesen dekat mana??ssh btol..Nk mohon lesen ni..

    BalasPadam
  38. Pakai LINK ni https://bless2.bless.gov.my/bless2/private

    BalasPadam
  39. Jika syarikat saya mahu menambah senarai pembekal atau menukar pembekal ditengah-tengah tahun? Pembaharuan permit hanya pada bulan Mac 2019. Adakah dibenarkan? Atau perlu membuat permohonan lain?

    BalasPadam
  40. Admin,saya nak apply the CSA lesen untuk baja ,saya dah ada account bless,masalah saya di search keyword apa lesen nama yang perlu masuk? taip CSA tak dapat cari ?

    BalasPadam
  41. Boleh Tak guna sistem ini untuk memperbaharui lesen runcit barang kawalan yang telah tamat tempoh?t.kasih.

    BalasPadam
  42. KEPADA BLESS. SAYA NAK RENEW PERMIT BARANG KAWALAN BERJADUAL (DIESEL). BOLEH TAK PIHAK BLESS BAGI GUIDE UNTUK SAYA MENGISI BORANG RENEW. TERIMA KASIH

    BalasPadam
  43. Salam..kalau semenanjung permohonan untuk barang kawalan berjadual spt tepubg,minyak semua tu perlu melalui MDTCC -HQ ke sbb cari yang penang takde pun

    BalasPadam
  44. Tuan,dlm bless 2.0 bgmanakah sy mengisi butir-butiran pembekal sebab dlm bahagian III berkaitan butiran pembekal tetapi tiada ruang utk kita mengisi maklumat yg berkaitan?jika gagal mengisinya permohaonan sy akan ditolak walaupun kesemua maklumat yg diingini tlh complete!harap tuan dpt berikan tunjuk ajar supaya permohonan sy dpt berjaya. Tq!

    BalasPadam
  45. Hi admin, berapakah bayaran yang dikenakan keatas lesen borong csa tepung, gula & mnyk msk dan bayaran perlu dibuat atas nama siapa?t.kasih

    BalasPadam
  46. say ingin niaga runcit di kampung termasuk menjual petrol bagaimana nak mohon permit membeli dan menyimpan petrol ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Jika tuan mahu menjual, tuan tidak boleh memohon permit membeli dan menyimpan. Sebaliknya tuan perlu mohon lesen menjual. Permit adalah untuk kegunaan sendiri bukan untuk dijual.

      Padam
  47. hi admin ..saya bekerja di sektor perhotelan.utk makluman saya da selesaikan bless 1.0...persoalan skarang adakah saya kena juga buat bless 2.0 memandangkan di hotel tempat saya bekerja ada juga gas petrolium cecair..saya perlukan info segera admin

    BalasPadam
  48. hye sy nak tanya kalau kite syarikat dah ade csa dan pda dan kite nak bantu untuk syarikat kecil on behalf dye untuk mohon lesen adakah perlu log masuk di akaun kita atau perlu buka akaun pemilik perniagaan kecil itu sendiri?

    BalasPadam
  49. saya nak tanya, boleh ke edit MT kepada KG????

    BalasPadam
  50. untuk renew permit skid tank diesel setiap tahun, perlukah Pegawai bomba datang untuk lihat tempat letaknya skid tank setiap kali permohonan renew permit dialkukan?

    BalasPadam
  51. Banggunan saya mempunya genset dan perlu menyimpan diesel didalam tank. Saya perlu memohon lesen diesel atau permit?

    BalasPadam
  52. sy mhu renew lesen prdgangan , tp perlu upload lesen csa lama .. mslhnya lesen csa lama sy dah hilang 😟 ada pnyelesaian ?

    BalasPadam
  53. saya ingin memhon lesen borong berjadual, apakah yg dimaksudkan dengan surat sokongan daripada pembekal. terima kasih

    BalasPadam
  54. Hi saya ni sole proprietor and ingin mohon lesen polis dengan mengguna Bless 1.0. Apakah dokumen2 yang saya perlu sediakan ?Terima kasih

    BalasPadam
  55. Banggunan saya mempunya genset dan perlu menyimpan diesel didalam tank. Saya perlu memohon lesen diesel atau permit?

    BalasPadam
  56. salam tuan, saya nak tanya macam mana nak renew lesen barang kawalan untuk diesel syarikat dalam sistem? harap tuan boleh bantu, saya dari pontian, johor.

    BalasPadam
  57. Bagi mana nak memohon lesan kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung

    BalasPadam
  58. Bagi mana nak memohon lesan kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung
    Area penang keyword kena masuk apa?

    BalasPadam
  59. Assalamualaikum... Nak tanya,,, bagai mana cara nak bayar duit lesen untuk di sambung kan,,, boleh ke hubungi saya,, sbb saya kurang pandai guna on lien,,, maaf ye...
    0169405828
    Osman

    Terima kasih

    BalasPadam
  60. Assalamualaikum saya nak tanya berapa lama proses kelulusan permohonan lesen borong di bless2.0 ya?

    BalasPadam
  61. CSA APA MAKSUD DIA, MAAF SAYA KURANG FASIH.

    BalasPadam
  62. i nak tanya, adakah restoran & cafe perlu memohon lesen minyak masak ?

    BalasPadam
  63. Sy dh daftar tp x blh on kn untuk trter kn

    BalasPadam
  64. Nak tanya kalau nak buat lesen baru ,nak jual minyak masak kena pergi mana ??maksudnya nak buat lesen rujuk ke mana nk buat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya , saya nak tanya juga soalan yang sama

      Padam
  65. Saya sudah selesai isi semua maklumat dalam form permohonan baru utk lesen runcit barangan terkawal. Tetapi gagal submit sebab dokumen mandatori surat sokongan bomba . Perlukan surat tersebut utk runcit?

    BalasPadam
  66. Salam sejahtera, saya nak mohon permit untuk kedai makan saya menyimpan stok untuk minyak masak dan tepung gandum? Saya perlu pilih SSM atau Perlesenan perdagangan?Terima kasih

    BalasPadam
  67. Maaf,sy ada nak buat penambahan gula,perlu add di mana ye

    BalasPadam